Wednesday, June 8, 2011

Photoshop: Repair and Smooth Skin

Hai geng/kawan-kawan...

Saya akan kongsikan tutorial dan cara mudah untuk menghasilkan Teknik Melicinkan Tekstur Kulit menggunakan Photoshop.


LANGKAH 1
Buka fail potret yang ingin digunakan. FILE >> OPEN dan pilih fail anda atau tekan kekunci CTRL + O. Fail yang saya gunakan adalah sampel percuma yang boleh diperolehi daripada internet.

Buka fail yang hendak digunakan sebagai sampel


LANGKAH 2
Kemudian duplicate (buat salinan) fail tersebut dengan menekan LAYER >> DUPLICATE LATER dan tekan OK; atau tekan kekunci CTRL + J. Fail duplicate tersebut secara automatiknya akan dinamakan Layer 1. Kemudian cipta satu layer baru, LAYER >> NEW >> LAYER atau kekunci SHIFT + CTRL + N. Fail ini secara automatik dinamakan Layer 2.

Buat salinan kepada fail asal dan tambah layer baru

LANGKAH 3
Kemudian, pilih SPOT HEALING BRUSH TOOL atau tekan kekunci J.

Spot Healing Brush Tool

Pada menu utama Spot Healing Brush (tab bahagian atas), sila pilih :

Mode : Lighten / Darken
Pilihan : Contain-Aware & Sample All layer (lihat rajah di bawah)
Saiz Brush : Ikut kesesuaian



*** Nota : Gunakan mode 'Lighten' untuk mencerahkan kotoran atau dark pixel pada raut wajah (Contoh: Jeragat / Jerawat / Parut) dan gunakan mode 'Darken' untuk menggelapkan kotoran atau light pixel pada raut wajah (Contoh: Parut).

Pastikan Layer 2 dipilih dan anda kita sudah boleh mula untuk melakukan 'pembersihan' pada sampel potret anda. Kemudian 'merge' (cantum) kedua-dua Layer 1 dan Layer 2: Right-click pada Layer 2 dan pilih MERGE DOWN atau menekan kekunci CTRL + E. Anda boleh menyahaktifkan 'invisibility' (icon mata) pada Layer 1 untuk melihat perbezaan 'sebelum' dan 'selepas' proses pertama tadi. Berikut adalah hasil akhir apabila kotoran pada wajah telah dibersihkan menggunakan Spot Healing Brush Tool.

Hasil awal selepas 'pembersihan' noda-noda gelap atau jeragat
LANGKAH 4
Dengan Layer 1 masih dipilih, buat satu duplicate kepada layer tersebut dengan menekan CTRL + J. Layer baru 'Layer 1 copy' akan terhasil. 'Double-click' pada nama layer tersebut dan namakan layer tersebut 'Kulit Licin'.

Ubah nama Layer 1 Copy kepada 'Kuliy Licin'


LANGKAH 5
Pergi ke FILTER >> NOISE >> DUST & SCRATCHES. Pilih ketetapan seperti berikut dan kemudian tekan OK:

Radius : 10 px
Threshold : 2 level

Masukkan kesan filter Dust & Scratches

*** Nota : Ambil perhatian bahawa, saiz Radius bergantung pada saiz imej yang anda gunakan. Ketetapan Radius dipilih sehingga tekstur kulit tampak licin tanpa mengakibatkan anggota penting seperti mata atau hidung tidak dapat dikenalpasti.



LANGKAH 6
Pada layer yang sama (Layer Kulit Licin), pergi ke FILTER >> BLUR >> GAUSSIAN BLUR. Tetapan Radius kepada nilai yang sesuai agar wajah nampak sedikit kabur atau 'blur'. Sekali lagi, saiz Radius yang digunakan bergantung kepada saiz imej anda. Untuk imej yang saya gunakan, saya telah menetapkan nilai Radius : 5 px dan tekan OK untuk mendapatkan hasil seperti di bawah ini :

Masukkan kesan filter Gaussian Blur



LANGKAH 7
Masih lagi pada layer yang sama, pergi ke LAYER >> LAYER MASK >> REVEALED ALL untuk menambahkan 'masking' putih disebelah layer tersebut. Anda juga boleh menekan icon / simbol 'Bulatan di dalam Kotak' pada bahagian bawah kanan untuk memasukkan Layer Mask tersebut.

Tambah 'Layer Mask' pada Layer 'Kulit Licin'

Perhatikan bahawa ada satu garisan putih pada sekeliling Layer Mask tersebut; tekan LAYER >> VECTOR MASK >> HIDE ALL atau menekan butang CTRL + I (Inverse) untuk menukarkan warna Layer Mask putih menjadi hitam. Ketika ini, akan akan dapati gambar anda akan kembali kepada imej yang asal.

Tekan CTRL + I untuk inverse warna Layer Mask putih kepada hitam



LANGKAH 8
Sekarang anda perlu memilih Brush Tool atau menekan kekunci B seperti di bawah. Pastikan bahawa setting berikut dipilih:

Warna Color Pallete 'foreground' : Putih
Brush Opacity : 20%
Gunakan Brush Tool dengan saiz bersesuaian dengan sampel gambar

Color Pallete : Pilih foreground dengan warna putih

Anda kini boleh mula melakukan stroke ringkas ke atas wajah model pada imej anda. Cari kawasan yang difikirkan perlu mendapat kemasan 'licin' seperti pada bahagian pipi, dagu, sekitar mulut, dahi, dll dengan satu stroke (tekan left-mouse tanpa melepaskannya). Ulangi langkah ini untuk memberikan stroke seterusnya. Jika perlu ubah ketetapan Opacity brush tool, lakukan sebaiknya. Elakkan daripada melakukan brush stroke pada bahagian mata, bibir dan kening.

*** Nota : Sekiranya anda merasakan bahawa kawasan yang cuba 'dilicinkan' terlalu licin, anda boleh menukarkan warna foreground kepada warna hitam dan lakukan stroke kepada kawasan yang ingin dibetulkan. begitu juga sekiranya anda tersilap melakukan stroke ke bahagian penting seperti mata atau kening.

Berikut adalah hasil yang diperolehi selepas proses stroke ke atas Layer Mask.

Stroke dengan opacity berus 20% dan saiz 40px

Saya kemudiannya merendah Opacity layer tersebut kepada 60% untuk mendapat efek yang saya ingini.

Kurangkan opacity layer kepada 60%


LANGKAH 9
Right-click pada Layer Kulit Licin dan pilih MERGE VISIBLE atau menekan kekunci SHIFT + CTRL + E. Semua layer akan bercantum menjadi satu layer (Background). Pada langkah ini, anda boleh melakukan proses membetulkan exposure gambar menggunakan sama ada mana-mana Adjustment Layer berikut:

1. Curves atau;
2. Level atau;
3. Brightness / Contrast dan
4. Hue / Saturation

Setelah selesai, sharpen gambar anda mengikut keperluan. Berikut adalah hasil akhir yang bakal diperolehi. Cuba bandingkan dengan gambar asal.

No comments:

Post a Comment